24 Disember 2011(sabtu)
Kami bangun pada pukul 6.30 pagi (rasanya kot..hehe) , di sekeliling kami ada yang dah bangun,ada yang masih lagi tidur..bangun tidur dan terus ambil wuduk untuk solat subuh (wajib ni..) . selesai solat subuh,kami berkumpul kat court kolej kenanga , kami melakukan aktiviti pagi. Mula-mula kami kene warm-up dulu. Lepas tu kami aerobik dengan team aerobik dari UiTM jengka (best la juga) .habis je aerobik tu,kami semua diberi sarapan pagi (makan mihun dengan air teh o panas) . Sebelum menaiki bas ,kami telah diagihkan untuk naik mengikut pulau ( pulau ni,naik bas ni..pulau tu,naik bas tu..faham? ) . Aku dapat naik bas number 1 ,yang lain naik bas masing-masing,setelah naik je bas...perjalanan kami pun bermula ke Tasik Chenderoh . aku duduk je dalam bas, aku terus pejamkan mata (mengantok sangat ni..) . aku hanya bangun kt perhentian untuk makan,solat,tandas..selebihnya.....tidur (haha) . Sedar-sedar dah sampai kat Tasik Chenderoh,kami kene masuk ke dalam dengan berjalan kaki (agak-agak dalam 1.5 KM ) dengan bawa beg sebesar badan,dengan macam-macam beg lah kami bawa ,seperti baju,seluar,kasut,topi..macam-macam lagi . Sampai je kawasan tapak perkemahan kami ,kami kene kumpul mengikut pulau dahulu . Lepas tu,kami diagihkan untuk buat kerja macam buat rak kayak,gali lubang(2 kali ganda tinggi aku),buat khemah jenis A sheet,ampaian,lain-lain lagi . Semua kerja diagihkan mengikut pulau dan gunung . aku dalam gunung tiong kene gali lubang sampah .masa yang diberi berapa jam je..dari petang sampai sebelum maghrib nak gali lubang sedalam tu memang susah . memeang penat nak gali lubang sampah, tambah dengan masalah yang datang , sebab ada mata air kat bawah tanah tu (projek gali dibatalkan ) tetapi..kene buat kat sebelahnya pula ( haha..lagi letih ) ,ikut masa yang diberikan memang tak cukup , dah tiba waktu maghrib ,semua kerja berhenti,pergi tunaikan solat dulu . selesai saja solat ,kami berkumpul kat kem induk untuk akitiviti seterusnya
. Aktiviti seterusnya kami adakan ice breaking ikut faci dalam bas . last kali kami tidur..(7 hari lagi menunggu)
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete