27 Disember 2011(selasa)
seperti biasa bangun pagi awal-awal dalam 6.30 untuk solat subuh,.buat aktiviti pagi ,senam,aerobik,warm up semua lah. Selesai aktiviti pagi,kami diberikan sarapan pagi , dan macam biasa lah,kami makan dalam dulang(dapat mengeratkan hubungan sillaturrahim..haha) , selesai makan pagi,.Kami akan duduk mengikut pulau(dalam pulau duduk dalam gunung) . Setiap pulau berlainan aktiviti , untuk hari itu,pulau aku(pulau redang) kene pergi buat aktiviti trekking dan knotting(ikatan) . sebelah pagi kami akan pergi trekking, kami berkumpul , siap-siap ape yang patut , kami dibekalkan PFD (personal flotting device) untuk berenang ke tempat kami nak trekking. Tetapi kami kene buat water confident dahulu . sebelum masuk ke tasik,kami beratur dahulu ,dan setiap orang genggam tangan kawan sebelah(tak kira laki perempuan) . setiap seorang demi seorang masuk dalam tasik dan tak boleh lepaskan tangan kawan,setelah semua dah masuk dalam tasik,faci suruh kami buat bulatan untuk test water confident ,kami pun berenang lah nak buat bulatan. makan masa jugak nak buat bulatan ni(sebab ada yang terlepas tangan lah) .Selesai water confident,kami kene berenang ke seberang tasik ,jadi..berenanglah kami beramai-ramai ni(macam ape tah berenang..haha) aku nak berenang susah,dengan ramai orangnya kat keliling aku(serabot..nak je tendang) ,nak atau tidak,kene berenang juga lah..akhirnya sampai jugak kat seberang dengan letihnya(belum start trekking dah penat) ,sampai je kat seberang,kene pulak jalan kaki lagi nak sampai tempat trekking tu(dalam 1 KM kot) kne lintas jalan lagi..sampai tempat trekking kami rehat 2 minit(sempat makan biskut kering dgn minum air je..haha) , dan bermula lah trekking kami , kami naik bukit-bukit curam ( agak letih kaki nakk naik..curam sangat) . agak-agak dalam berapa lame(tak ingat..hehe) kami smpai,di ats sana kami amik gambar ramai-ramai,tengok pemandangan alam betapa hebatnya kuasa Allah s.w.t ,kami nyanyi lagu (tak ingat juga..haha) da brape lame atas sane,kami pun turun semula. Sampai bawah kami kene jalan kaki balik dan berenang balik ke kem induk kami . Sampai sahaja kem induk kami berehat sebentar ,dan sambung aktiviti kedua kami iaitu knotting pula , kami buat aktiviti ni ikut gunung ,kami juga dapat pilih faci mane yang nak ajar kami knotting(dapat lah 2 orang faci perempuan) ,kami diajar pelbagai jenis knotting dan ada test knotting sikit sebelum habis . Pada waktu malam pulak,kami seperti biasa ada post mortem ceritakan aktiviti masing-masing dan tidur...

No comments:
Post a Comment