23 disember 2011(jumaat)
Pada pukul 8 pagi kami sudah berkumpul ,sambil tu loading barang sekali .Ikut rancangan, nak bertolak pukul 8.30 pagi ,tapi rupanya faizul(Bro Kontang) pulak baru bangun. Dengar cerita encik Firdaus pergi jemput dia kat rumah .Lepas semua sudah berkumpul ,loading barang ,kami pun mulakan perjalanan kami dengan doa .Bas bertolak pukul 9 pagi kalau tak silap ,dan tiba di UiTM Shah Alam pukul 1.40 petang .Turun je dari bas,kami yang beragama islam dan lelaki ni ,terus pergi solat jumaat(wajib bagi lelaki) .Selesai solat jumaat ,kami kene kumpul kat kolej kenanga .Sampai je,tgk student UiTM Shah Alam dah berkumpul jugak ,cuma diorang tengah check barang-barang je.Kami yang baru sampai ni tak buat pape pun ,duduk diam ,sembang-sembang je(masa ni tak busy lagi..haha) .Dah petang sikit Encik Mus nak jumpe kitaorang ,rupanya nak tanya ape yang setiap AJK da buat dengan tugas masing-masing .Pada masa yang sama ,cawangan dari Instedt sudah sampai .Selepas jumpe kejap tadi ,kami pergi tolong kawan-kawan kami dari Shah Alam angkat kayak(sampai maghrib angkat kayak ni) .Lepas angkat kayak ,kami pergi ke tempat letak beg,rupanya UiTM Jengka da sampai da(ramai gila geng-geng dia) .Selepas solat isyak ,geng-geng facilitator ambil alih untuk guide kami yang ramai ini .Semua kena kumpul kat tangga ,untuk sesi lecture dan faci-faci ni kenalkan diri masing-masing .Lepas sesi kenalkan diri ,kami terus diagihkan ke dalam kumpulan masing-masing(da pecah da kawan-kawan aku) .kami dipecahkan mengikut pulau ,dan dipecahkan lagi menjadi gunung(aku dapat pulau redang dan gunung tiong) .Aktiviti pertama kami main breakclap(ada dari 1 sampai 10) .syok juga la main breakclap tu(sekadar hilangkan mengantok je kot..hehe). Habis main breakclap tu ,baru kami pergi tidur .Bagi yang sentri ,tetap jalankan tugas ....(habis 1st day..8 hari masih menunggu)
No comments:
Post a Comment