Thursday, 1 March 2012

Come on.....!!!

My favourite team...clubs CHELSEA (Blues army) ..international GERMANY (Die mannshaft)





I want to be like....

Greatest striker ever in the world....FERNANDO TORRES 9





last day..were going home..

30 Disember 2011 (Jumaat)

Bangun pagi selepas solat subuh,aktiviti kami macam biasa,aerobik,warm up, dan sarapan pagi ,kami akan basuh semua barang kami dan aku kene basuh kayak . banyak juga kayak yang kene basuh ,walaupun penat,kami enjoy buat kerja masing2 ,hanya beberapa jam basuh kayak ,selesai basuh kayak ,aku ke tempat basuh khemah, aku teman kawan2 aku yang lain basuh khemah . habis selesai basuh khemah,kami kemas2 barang masing2 , dan bawa masuk dalam bas , sebelum pulang kami kumpul dulu,amik barang2 kami dan salam2 dengan lecture dan faci dahulu..sedih jugak lah ,habis semua aktiviti kami td,kami pun bersurai dan siap untuk balik..uitm jengka yang pulang dahulu,diikuti instedt ,dan last sekali baru kami..kami bertolak dan berhenti rehat di genting sempah untuk makan , tersempak dengan uitm jengka ,beberapa minit kemudian,kami sambung perjalanan kami ke kuantan ..kami tiba di kuantan pada waktu malam . kami terus keluarkan barang dan masukkan ke dalam stor..dan kami pulang ke rumah untuk tidur..

sambungan survival..

29 Disember 2011 (Jumaat)

sambungan aktiviti suvival , kami jaga api kem ,letak kayu api ,dalam beberapa jam,ada lah 3 org datang lawat kami ,alumni uitm dan faci kami . Datang lawat kami nak amik markah la tu, nasib baik tak kene marah dengan diaorang ,selepas faci pergi lawat yang lain,kami jaga balik api kami ,memang kayu api kami tak ckukup sampai esk paginya ,beberapa jam kemudian,api kami terpadam,dengan kayu api dah habis,kami terpaksa juga lah untuk jaga kem kami,kawan-kawan yang tengah tidur lagi .akhirnya subuh itu,faci amik kami untuk balik ke kem induk ,kami pulang ke kem ,kami diberi makan bubur , lepas itu kami pergi bersihkan diri , pada hari tu kami akan pulang ke Shah Alam , sebelum itu kami kene agihkan barang mengikut universiti .Habis agihkann barang,kami tunggu bas sampai, apabila bas dah tiba,kami kene jalan kaki mula-mula kami masuk tasik ,sampai masuk bas ,aku terus tidur ,terlalu mengantuk ..beberapa jam kemudian ,sampai ke shah alam pada waktu malam ,turun saja dari bas ,kami terus pergi siap untuk dinner dan majlis penutupan kami . aku pakai simple sahaja ,sebab tak bawa baju la..haha..semasa dinner ,kami dapat lihat persembahan mengikut gunung ,ada yang nyanyi, macam2 lagi..haha..makan semuanya best, habis dinner kami berkumpul di kolej kenanga ,bincang untuk basuh barang2 . pada waktu malamnya kami tidur dan menanti hari esoknya...

last aktiviti

28 Disember 2011(Khamis)

Alhamdulillah masih hidup lagi untuk teruskan aktiviti last hari ni, kali ni pulau redang akan melakukan survival ,di mana kami akan hidup dalam hutan tu 1 malam je..yang ni dengar best kan..haha.pagi macam biasa la(panjang nak cerita..haha) selepas makan ,kami kumpul kem induk ,kami mstart kumpul sebelum pergi survival dalam tengah hari , lepas makan tengah hari ,kami kene kumpul dan bawak barang-barang tertentu sahaja nak pergi survival ..barang yang perlu di bawa ialah ,sejadah,sweater,bandage..ada lagi . sebelum naik bot nak ke sana ,kami kene pakai PFD dahulu . setiap sorg 1je ,naik je bot ,sampai separuh jalan ,dia suruh kami ni berenang pulak ke tepi, dengan bawa beg lagi, apa bole buat,memeang basah la beg tu,berenang la perlahan-lahan . sampai ke tepi ,basah memang dah sah la,kami duduk dulu sementara tunggu yang lain . sementara tunggu yang lain,adalah faci ajak main  game , lepas sampai je sume ,kami di briefing tentang orientering ,dan kami mainn game berkaitan dengan orientering . habis je orientering ,kami akan start survival mengikut gunung ,setiap gunung pecah kepada 2 group . 5-5 , sebelum masuk hutan,kami kene pilih 5 barang daripada 10 barang . Jadi kami pilih mancis,air,mastine,parang,flying sheet ..semua barang sangat berguna . akhirnya kami bermula lah survival . aku ditugaskan oleh ahli kumpulann untuk setelkan khemah tu,jadi aku pun terus cuba pasang,mula-mula agak pening,tak tahu nak pasang kat mana ,tapi aku dapat petunjuk dari kumpulan lain yang dah survival ,masih ada lagi bekas-bekas tapak api, kami gunakan sebaik mungkin peluang yang ada. akhirnya aku dapat pasang khemah kami .,malam makin dekat,kayu api dah cari tapi tak banyak . Tidak lama kemudian api dah dihidupkan , makin lama makin gelap. kami ramai-ramai jaga api daripada terpadam ,kami gunakan sistem sentri, aku jaga api..kami berlima tak ada buat apa-apa,kami sembang-sembhang je antara kami ...sambung,..

Wednesday, 29 February 2012

aktiviti ke-3

28 Disember 2011(Rabu)

pada waktu pagi seperti biasa rutin harian kami di kem selepas solat subuh kami buat macam hari biasa , sarapan pagi ,dan kumpul di kem induk ,sambung aktiviti kami ,kali ni gunung aku aktiviti kayak pulak..dengar memang best kan..sebelum start kayak ,kami briefing tentang kayak,cara pegang paddle,nk gerakkan kayak ,jangan dayung macam tak cukup nafas,kayak tak gerak..haha..setiap orang kene ada partner nak berkayak ni,sorg dpn sorg blakang. akhirnya kami akan pergi berkayak(sukaaa sangat) ,aku partner dengan budak jengka,kami pun dilepaskan ke dalam tasik ,start jke berkayak kami kene buat rafting dulu..1st time buat memang susah gila ,dengan angin tiup kuatnya,dugaan betul(hahaha) ,kami teruskan perjalanan kami ,dayung lah dengan kuat ,sampai check poin 1st berehat dulu ,makan biskut kering ,tapi sebelum tu kene buat rafting dulu ,habis makan datang pulak alumni UiTM saja nak lawat(haha) , yang bestnya en.Azizul saja je lari depan kayak kitaorang,memang uji friendship btul,kami yang rafting ni pegang kayak sekuat hati la jawabnya , habis semua tu,teruskan perjalanan kami ,kesemuanya ada 4 checkpoint ,ada yang muntah-muntah ,ada yang tak larat , ada yang lapar , pening ,macam-macam lagi . untuk last sekali,sebelum tamat aktiviti kayak kami ,kami briefing pasal capsize ,yang ini lagi best,bole basah-basah..haha..aku kene 3 kali capsize dengan faci tu,memang best kene capsize , nak tolak kayak tu naik balik berat yang amat ,mungkin sebab air dah masuk banyak kot..habis aktiviti kayak,kami susun kayak,susun PFD ,kumpul kem induk..Pada waktu malam ,macam biasa selepas solat,kami ada post mortem..dan penutupnya..tidur..hehe

aktiviti ke-2

27 Disember 2011(selasa)

seperti biasa bangun pagi awal-awal dalam  6.30 untuk solat subuh,.buat aktiviti pagi ,senam,aerobik,warm up semua lah. Selesai aktiviti pagi,kami diberikan sarapan pagi , dan macam biasa lah,kami makan dalam dulang(dapat mengeratkan hubungan sillaturrahim..haha) , selesai makan pagi,.Kami akan duduk mengikut pulau(dalam pulau duduk dalam gunung) . Setiap pulau berlainan aktiviti , untuk hari itu,pulau aku(pulau redang) kene pergi buat aktiviti trekking dan knotting(ikatan) . sebelah pagi kami akan pergi trekking, kami berkumpul , siap-siap ape yang patut , kami dibekalkan PFD (personal flotting device) untuk berenang ke tempat kami nak trekking. Tetapi kami kene buat water confident dahulu . sebelum masuk ke tasik,kami beratur dahulu ,dan setiap orang genggam tangan kawan sebelah(tak kira laki perempuan) . setiap seorang demi seorang masuk dalam tasik dan tak boleh lepaskan tangan kawan,setelah semua dah masuk dalam tasik,faci suruh kami buat bulatan untuk test water confident ,kami pun berenang lah nak buat bulatan. makan masa jugak nak buat bulatan ni(sebab ada yang terlepas tangan lah) .Selesai water confident,kami kene berenang ke seberang tasik ,jadi..berenanglah kami beramai-ramai ni(macam ape tah berenang..haha) aku nak berenang susah,dengan ramai orangnya kat keliling aku(serabot..nak je tendang) ,nak atau tidak,kene berenang juga lah..akhirnya sampai jugak kat seberang dengan letihnya(belum start trekking dah penat) ,sampai je kat seberang,kene pulak jalan kaki lagi nak sampai tempat trekking tu(dalam 1 KM kot) kne lintas jalan lagi..sampai tempat trekking kami rehat 2 minit(sempat makan biskut kering dgn minum air je..haha) , dan bermula lah trekking kami , kami naik bukit-bukit curam ( agak letih kaki nakk naik..curam sangat) . agak-agak dalam berapa lame(tak ingat..hehe) kami smpai,di ats sana kami amik gambar ramai-ramai,tengok pemandangan alam betapa hebatnya kuasa Allah s.w.t ,kami nyanyi lagu (tak ingat juga..haha) da brape lame atas sane,kami pun turun semula. Sampai bawah kami kene jalan kaki balik dan berenang balik ke kem induk kami . Sampai sahaja kem induk kami berehat sebentar ,dan sambung aktiviti kedua kami iaitu knotting pula , kami buat aktiviti ni ikut gunung ,kami juga dapat pilih faci mane yang nak ajar kami knotting(dapat lah 2 orang faci perempuan) ,kami diajar pelbagai jenis knotting dan ada test knotting sikit sebelum habis . Pada waktu malam pulak,kami seperti biasa ada post mortem ceritakan aktiviti masing-masing dan tidur...

Wednesday, 22 February 2012

bermulanya aktiviti kami

26 Disember 2011(isnin)

kami bangun pagi untuk sembahyang subuh,dan rutin harian pada waktu pagi semuanya seperti biasa seperti senaman pagi , sarapan pagi . Selepas selesai semua rutin pada waktu pagi , dan bermula lah aktiviti kami(4 aktiviti yang ditunggu-tunggu ) iaitu camp craft , survival , trekking dan kayak . kami  lakukan aktiviti mengikut pulau dan gunung .Setiap pulau akan melakukan lain-lain aktiviti supaya tidak bercanggah(pulau ni hari buat aktiviti ni,esk lain pula...faham? )  aku dalam pulau redang dan ahli gunung tiong,aktiviti pertama kami ialah camp craft , camp craft ini aktiviti untuk mencantikkan lagi kem induk kami dengan mencipta barang yang baru seperti rak kasut , rak kayak , ampaian dan lain-lain. Semua barang ini mempunyai kegunaan tersendiri untuk kemudahan orang ramai . Manakala pulau yang lain buat aktiviti masing-masing ,Start aktiviti camp craft , kami dikumpulkan oleh faci untuk diberi tugasan .kami telah pun diberi tugas masing-masing, aku diberi tugas untuk membasuh tandas , tetapi aku ditarik oleh faci lain untuk tolong kerja di dapur ( tak cukup staff..busy mcm kerja kat pizza..haha) . Di dapur ,aku tolong kawan-kawan yang lain untuk sediakan makanan tengah hari. Pada waktu tengah hari,semua aktiviti berhenti untuk makan tengah hari sebentar . Selesai makan,kami akan solat zohor , dan sambung aktiviti yang tadi ,tetapi bagi yang berkayak , pulau diorang tak join untuk makan, diorang ada kat tasik pergi berkayak . pada waktu petang , pulau kayak sudah pun pulang dan semua pulau telah pulang ke kem induk setelah selesai aktiviti masing-masing ,pulau yang survival tak kan pulang (diorang tidur dalam hutan) ,pada esoknya baru pulang . Pada waktu malam selepas solat dan makan malam ( macam biasa dalam dulang..haha) kami ada post mortem . Setiap pulau akan ceritakan semua aktiviti masing-masing . post mortem lah saat yang paling bosan (mata mengantok sangat2) ,sesiapa yang tertidur ,dapat air kunyit (eieee..geli tekak..haha) .Selesai post mortem,kami pulang ke khemah masing-masing untuk tidur..(5 hari masih menunggu)

continue....

25 disember 2011(ahad)

Seperti biasa,kami akan bangun pada pukul 6.30 pagi untuk menunaikan solat subuh,.selesai solat subuh,kami semua akan buat aktiviti pagi (mcm biasalah senaman pagi je..dengan keadaan mengantoknye), senaman ini semua makan masa brapa minit jugak lah..habis senaman pagi,kami diberi sarapan pagi ,kami sarapan pagi makan dalam dulang besar. 1 dulang hanya 5 orang sahaja(dulang je besar,tapi makanan dia bagi...alaahaii,sikit sangat), kuantiti makanan yang diberi amat sedikit,memang tidak cukup kalau makan 5 orang(agak-agak dalam 3 orang bole la). Air pula,kene ambil sendiri dekat tepi khemah induk (pakat la,sorang ambil makanan,yang lain ambil air) . Sebelum makan kami akan baca doa makan(tak kan doa naik kenderaan..hehe) ,lepas tu,kene lah jemput semua makan sekali(lecture,facilitator,kawan-kawan dan kawan yang masak) . Selesai je sesi makan sarapan,kami akan sambung buat aktiviti ynag tertangguh semalam seperti gali lubang,pasang khemah  dan lain-lain lagi. aktiviti kami hanya siapkan kerja yang tertangguh semalam sahaja,sampai lah ke malam. pada waktu malam kami akan mengadakan post mortem,iaitu kami akan ceritakan aktiviti kami pada hari itu . selesai post mortem ,kami ke khemah masing-masing untuk tidur ..(6 hari masih menunggu)

Sunday, 19 February 2012

Sebelum ke Tasik Chenderoh

 24 Disember 2011(sabtu)

Kami bangun pada pukul 6.30 pagi (rasanya kot..hehe) , di sekeliling kami ada yang dah bangun,ada yang masih lagi tidur..bangun tidur dan terus ambil wuduk untuk solat subuh (wajib ni..) . selesai solat subuh,kami berkumpul kat court kolej kenanga , kami melakukan aktiviti pagi. Mula-mula kami kene warm-up dulu. Lepas tu kami aerobik dengan team aerobik dari UiTM jengka (best la juga) .habis je aerobik tu,kami semua diberi sarapan pagi (makan mihun dengan air teh o panas) . Sebelum menaiki bas ,kami telah diagihkan untuk naik mengikut pulau ( pulau ni,naik bas ni..pulau tu,naik bas tu..faham? ) . Aku dapat naik bas number 1 ,yang lain naik bas masing-masing,setelah naik je bas...perjalanan kami pun bermula ke Tasik Chenderoh . aku duduk je dalam bas, aku terus pejamkan mata (mengantok sangat ni..) . aku hanya bangun kt perhentian untuk makan,solat,tandas..selebihnya.....tidur (haha) . Sedar-sedar dah sampai kat Tasik Chenderoh,kami kene masuk ke dalam dengan berjalan kaki (agak-agak dalam 1.5 KM ) dengan bawa beg sebesar badan,dengan macam-macam beg lah kami bawa ,seperti baju,seluar,kasut,topi..macam-macam lagi . Sampai je kawasan tapak perkemahan kami ,kami kene kumpul mengikut pulau dahulu . Lepas tu,kami diagihkan untuk buat kerja macam buat rak kayak,gali lubang(2 kali ganda tinggi aku),buat khemah jenis A sheet,ampaian,lain-lain lagi . Semua kerja diagihkan mengikut pulau dan gunung . aku dalam gunung tiong kene gali lubang sampah .masa yang diberi berapa jam je..dari petang sampai sebelum maghrib nak gali lubang sedalam tu memang susah . memeang penat nak gali lubang sampah, tambah dengan masalah yang datang , sebab ada mata air kat bawah tanah tu (projek gali dibatalkan ) tetapi..kene buat kat sebelahnya pula ( haha..lagi letih ) ,ikut masa yang diberikan memang tak cukup , dah tiba waktu maghrib ,semua kerja berhenti,pergi tunaikan solat dulu . selesai saja solat ,kami berkumpul kat kem induk untuk akitiviti seterusnya
. Aktiviti seterusnya kami adakan ice breaking ikut faci dalam bas . last kali kami tidur..(7 hari lagi menunggu)

Friday, 6 January 2012

bermulanya final camp

23 disember 2011(jumaat)

Pada pukul 8 pagi kami sudah berkumpul ,sambil tu loading barang sekali .Ikut rancangan, nak bertolak pukul 8.30 pagi ,tapi rupanya faizul(Bro Kontang) pulak baru bangun. Dengar cerita encik Firdaus pergi jemput dia kat rumah .Lepas semua sudah berkumpul ,loading barang ,kami pun mulakan perjalanan kami dengan doa .Bas bertolak pukul 9 pagi kalau tak silap ,dan tiba di UiTM Shah Alam pukul 1.40 petang .Turun je dari bas,kami yang beragama islam dan lelaki ni ,terus pergi solat jumaat(wajib bagi lelaki) .Selesai solat jumaat ,kami kene kumpul kat kolej kenanga .Sampai je,tgk student UiTM Shah Alam dah berkumpul jugak ,cuma diorang tengah check barang-barang je.Kami yang baru sampai ni tak buat pape pun ,duduk diam ,sembang-sembang je(masa ni tak busy lagi..haha) .Dah petang sikit Encik Mus nak jumpe kitaorang ,rupanya nak tanya ape yang setiap AJK da buat dengan tugas masing-masing .Pada masa yang sama ,cawangan dari Instedt sudah sampai .Selepas jumpe kejap tadi ,kami pergi tolong kawan-kawan kami dari Shah Alam angkat kayak(sampai maghrib angkat kayak ni) .Lepas angkat kayak ,kami pergi ke tempat letak beg,rupanya UiTM Jengka da sampai da(ramai gila geng-geng dia) .Selepas solat isyak ,geng-geng facilitator ambil alih untuk guide kami yang ramai ini .Semua kena kumpul kat tangga ,untuk sesi lecture dan faci-faci ni kenalkan diri masing-masing .Lepas sesi kenalkan diri ,kami terus diagihkan ke dalam kumpulan masing-masing(da pecah da kawan-kawan aku) .kami dipecahkan mengikut pulau ,dan dipecahkan lagi menjadi gunung(aku dapat pulau redang dan gunung tiong) .Aktiviti pertama kami main breakclap(ada dari 1 sampai 10) .syok juga la main breakclap tu(sekadar hilangkan mengantok je kot..hehe). Habis main breakclap tu ,baru kami pergi tidur .Bagi yang sentri ,tetap jalankan tugas  ....(habis 1st day..8 hari masih menunggu)

Pengenalan kem

Pengenalan final kem di Tasik Chenderoh , Lenggong , Perak


kem ini diberi nama FSR adventurous final camp..disertai oleh 4 cawangan iaitu Uitm Shah Alam , Uitm Jengka , University college Shahputra(UCSA) dan Instedt ..keseluruhan peserta ialah 197 orang pelajar(kalau tak silap la) .Tidak termasuk facilitator dan lecture-lecture dari cawangan masing-masing. Berlangsung di Tasik Chenderoh ,Lenggong ,Perak. Jumlah peserta paling ramai ialah dari UiTM Jengka diikuti UiTM Shah Alam , UCSA dan paling sikit Instedt .Saya dan rakan saya Muhd Hussien Shirazie bin Yusoff telah dilantik untuk menjadi AJK bahagian makanan . Kami sudah berhubung dengan AJK-AJK lain tentang kuantiti,harga,jadual makanan sepanjang kem berlangsung di sana .