Wednesday, 29 February 2012

aktiviti ke-3

28 Disember 2011(Rabu)

pada waktu pagi seperti biasa rutin harian kami di kem selepas solat subuh kami buat macam hari biasa , sarapan pagi ,dan kumpul di kem induk ,sambung aktiviti kami ,kali ni gunung aku aktiviti kayak pulak..dengar memang best kan..sebelum start kayak ,kami briefing tentang kayak,cara pegang paddle,nk gerakkan kayak ,jangan dayung macam tak cukup nafas,kayak tak gerak..haha..setiap orang kene ada partner nak berkayak ni,sorg dpn sorg blakang. akhirnya kami akan pergi berkayak(sukaaa sangat) ,aku partner dengan budak jengka,kami pun dilepaskan ke dalam tasik ,start jke berkayak kami kene buat rafting dulu..1st time buat memang susah gila ,dengan angin tiup kuatnya,dugaan betul(hahaha) ,kami teruskan perjalanan kami ,dayung lah dengan kuat ,sampai check poin 1st berehat dulu ,makan biskut kering ,tapi sebelum tu kene buat rafting dulu ,habis makan datang pulak alumni UiTM saja nak lawat(haha) , yang bestnya en.Azizul saja je lari depan kayak kitaorang,memang uji friendship btul,kami yang rafting ni pegang kayak sekuat hati la jawabnya , habis semua tu,teruskan perjalanan kami ,kesemuanya ada 4 checkpoint ,ada yang muntah-muntah ,ada yang tak larat , ada yang lapar , pening ,macam-macam lagi . untuk last sekali,sebelum tamat aktiviti kayak kami ,kami briefing pasal capsize ,yang ini lagi best,bole basah-basah..haha..aku kene 3 kali capsize dengan faci tu,memang best kene capsize , nak tolak kayak tu naik balik berat yang amat ,mungkin sebab air dah masuk banyak kot..habis aktiviti kayak,kami susun kayak,susun PFD ,kumpul kem induk..Pada waktu malam ,macam biasa selepas solat,kami ada post mortem..dan penutupnya..tidur..hehe

aktiviti ke-2

27 Disember 2011(selasa)

seperti biasa bangun pagi awal-awal dalam  6.30 untuk solat subuh,.buat aktiviti pagi ,senam,aerobik,warm up semua lah. Selesai aktiviti pagi,kami diberikan sarapan pagi , dan macam biasa lah,kami makan dalam dulang(dapat mengeratkan hubungan sillaturrahim..haha) , selesai makan pagi,.Kami akan duduk mengikut pulau(dalam pulau duduk dalam gunung) . Setiap pulau berlainan aktiviti , untuk hari itu,pulau aku(pulau redang) kene pergi buat aktiviti trekking dan knotting(ikatan) . sebelah pagi kami akan pergi trekking, kami berkumpul , siap-siap ape yang patut , kami dibekalkan PFD (personal flotting device) untuk berenang ke tempat kami nak trekking. Tetapi kami kene buat water confident dahulu . sebelum masuk ke tasik,kami beratur dahulu ,dan setiap orang genggam tangan kawan sebelah(tak kira laki perempuan) . setiap seorang demi seorang masuk dalam tasik dan tak boleh lepaskan tangan kawan,setelah semua dah masuk dalam tasik,faci suruh kami buat bulatan untuk test water confident ,kami pun berenang lah nak buat bulatan. makan masa jugak nak buat bulatan ni(sebab ada yang terlepas tangan lah) .Selesai water confident,kami kene berenang ke seberang tasik ,jadi..berenanglah kami beramai-ramai ni(macam ape tah berenang..haha) aku nak berenang susah,dengan ramai orangnya kat keliling aku(serabot..nak je tendang) ,nak atau tidak,kene berenang juga lah..akhirnya sampai jugak kat seberang dengan letihnya(belum start trekking dah penat) ,sampai je kat seberang,kene pulak jalan kaki lagi nak sampai tempat trekking tu(dalam 1 KM kot) kne lintas jalan lagi..sampai tempat trekking kami rehat 2 minit(sempat makan biskut kering dgn minum air je..haha) , dan bermula lah trekking kami , kami naik bukit-bukit curam ( agak letih kaki nakk naik..curam sangat) . agak-agak dalam berapa lame(tak ingat..hehe) kami smpai,di ats sana kami amik gambar ramai-ramai,tengok pemandangan alam betapa hebatnya kuasa Allah s.w.t ,kami nyanyi lagu (tak ingat juga..haha) da brape lame atas sane,kami pun turun semula. Sampai bawah kami kene jalan kaki balik dan berenang balik ke kem induk kami . Sampai sahaja kem induk kami berehat sebentar ,dan sambung aktiviti kedua kami iaitu knotting pula , kami buat aktiviti ni ikut gunung ,kami juga dapat pilih faci mane yang nak ajar kami knotting(dapat lah 2 orang faci perempuan) ,kami diajar pelbagai jenis knotting dan ada test knotting sikit sebelum habis . Pada waktu malam pulak,kami seperti biasa ada post mortem ceritakan aktiviti masing-masing dan tidur...

Wednesday, 22 February 2012

bermulanya aktiviti kami

26 Disember 2011(isnin)

kami bangun pagi untuk sembahyang subuh,dan rutin harian pada waktu pagi semuanya seperti biasa seperti senaman pagi , sarapan pagi . Selepas selesai semua rutin pada waktu pagi , dan bermula lah aktiviti kami(4 aktiviti yang ditunggu-tunggu ) iaitu camp craft , survival , trekking dan kayak . kami  lakukan aktiviti mengikut pulau dan gunung .Setiap pulau akan melakukan lain-lain aktiviti supaya tidak bercanggah(pulau ni hari buat aktiviti ni,esk lain pula...faham? )  aku dalam pulau redang dan ahli gunung tiong,aktiviti pertama kami ialah camp craft , camp craft ini aktiviti untuk mencantikkan lagi kem induk kami dengan mencipta barang yang baru seperti rak kasut , rak kayak , ampaian dan lain-lain. Semua barang ini mempunyai kegunaan tersendiri untuk kemudahan orang ramai . Manakala pulau yang lain buat aktiviti masing-masing ,Start aktiviti camp craft , kami dikumpulkan oleh faci untuk diberi tugasan .kami telah pun diberi tugas masing-masing, aku diberi tugas untuk membasuh tandas , tetapi aku ditarik oleh faci lain untuk tolong kerja di dapur ( tak cukup staff..busy mcm kerja kat pizza..haha) . Di dapur ,aku tolong kawan-kawan yang lain untuk sediakan makanan tengah hari. Pada waktu tengah hari,semua aktiviti berhenti untuk makan tengah hari sebentar . Selesai makan,kami akan solat zohor , dan sambung aktiviti yang tadi ,tetapi bagi yang berkayak , pulau diorang tak join untuk makan, diorang ada kat tasik pergi berkayak . pada waktu petang , pulau kayak sudah pun pulang dan semua pulau telah pulang ke kem induk setelah selesai aktiviti masing-masing ,pulau yang survival tak kan pulang (diorang tidur dalam hutan) ,pada esoknya baru pulang . Pada waktu malam selepas solat dan makan malam ( macam biasa dalam dulang..haha) kami ada post mortem . Setiap pulau akan ceritakan semua aktiviti masing-masing . post mortem lah saat yang paling bosan (mata mengantok sangat2) ,sesiapa yang tertidur ,dapat air kunyit (eieee..geli tekak..haha) .Selesai post mortem,kami pulang ke khemah masing-masing untuk tidur..(5 hari masih menunggu)

continue....

25 disember 2011(ahad)

Seperti biasa,kami akan bangun pada pukul 6.30 pagi untuk menunaikan solat subuh,.selesai solat subuh,kami semua akan buat aktiviti pagi (mcm biasalah senaman pagi je..dengan keadaan mengantoknye), senaman ini semua makan masa brapa minit jugak lah..habis senaman pagi,kami diberi sarapan pagi ,kami sarapan pagi makan dalam dulang besar. 1 dulang hanya 5 orang sahaja(dulang je besar,tapi makanan dia bagi...alaahaii,sikit sangat), kuantiti makanan yang diberi amat sedikit,memang tidak cukup kalau makan 5 orang(agak-agak dalam 3 orang bole la). Air pula,kene ambil sendiri dekat tepi khemah induk (pakat la,sorang ambil makanan,yang lain ambil air) . Sebelum makan kami akan baca doa makan(tak kan doa naik kenderaan..hehe) ,lepas tu,kene lah jemput semua makan sekali(lecture,facilitator,kawan-kawan dan kawan yang masak) . Selesai je sesi makan sarapan,kami akan sambung buat aktiviti ynag tertangguh semalam seperti gali lubang,pasang khemah  dan lain-lain lagi. aktiviti kami hanya siapkan kerja yang tertangguh semalam sahaja,sampai lah ke malam. pada waktu malam kami akan mengadakan post mortem,iaitu kami akan ceritakan aktiviti kami pada hari itu . selesai post mortem ,kami ke khemah masing-masing untuk tidur ..(6 hari masih menunggu)

Sunday, 19 February 2012

Sebelum ke Tasik Chenderoh

 24 Disember 2011(sabtu)

Kami bangun pada pukul 6.30 pagi (rasanya kot..hehe) , di sekeliling kami ada yang dah bangun,ada yang masih lagi tidur..bangun tidur dan terus ambil wuduk untuk solat subuh (wajib ni..) . selesai solat subuh,kami berkumpul kat court kolej kenanga , kami melakukan aktiviti pagi. Mula-mula kami kene warm-up dulu. Lepas tu kami aerobik dengan team aerobik dari UiTM jengka (best la juga) .habis je aerobik tu,kami semua diberi sarapan pagi (makan mihun dengan air teh o panas) . Sebelum menaiki bas ,kami telah diagihkan untuk naik mengikut pulau ( pulau ni,naik bas ni..pulau tu,naik bas tu..faham? ) . Aku dapat naik bas number 1 ,yang lain naik bas masing-masing,setelah naik je bas...perjalanan kami pun bermula ke Tasik Chenderoh . aku duduk je dalam bas, aku terus pejamkan mata (mengantok sangat ni..) . aku hanya bangun kt perhentian untuk makan,solat,tandas..selebihnya.....tidur (haha) . Sedar-sedar dah sampai kat Tasik Chenderoh,kami kene masuk ke dalam dengan berjalan kaki (agak-agak dalam 1.5 KM ) dengan bawa beg sebesar badan,dengan macam-macam beg lah kami bawa ,seperti baju,seluar,kasut,topi..macam-macam lagi . Sampai je kawasan tapak perkemahan kami ,kami kene kumpul mengikut pulau dahulu . Lepas tu,kami diagihkan untuk buat kerja macam buat rak kayak,gali lubang(2 kali ganda tinggi aku),buat khemah jenis A sheet,ampaian,lain-lain lagi . Semua kerja diagihkan mengikut pulau dan gunung . aku dalam gunung tiong kene gali lubang sampah .masa yang diberi berapa jam je..dari petang sampai sebelum maghrib nak gali lubang sedalam tu memang susah . memeang penat nak gali lubang sampah, tambah dengan masalah yang datang , sebab ada mata air kat bawah tanah tu (projek gali dibatalkan ) tetapi..kene buat kat sebelahnya pula ( haha..lagi letih ) ,ikut masa yang diberikan memang tak cukup , dah tiba waktu maghrib ,semua kerja berhenti,pergi tunaikan solat dulu . selesai saja solat ,kami berkumpul kat kem induk untuk akitiviti seterusnya
. Aktiviti seterusnya kami adakan ice breaking ikut faci dalam bas . last kali kami tidur..(7 hari lagi menunggu)